Siapakah kami?
Kami ialah ahli kumpulan syarikat sekutu Philip Morris International, sebuah kumpulan perniagaan kolektif. Semua ahli kumpulan syarikat sekutu disenaraikan di sini bersama butiran hubungan pegawai perlindungan data yang berkuat kuasa. Sila gunakan butiran ini jika anda ingin menghubungi kami.
Butiran kami (nama, alamat, dan lain-lain) akan diberi kepada anda secara berasingan ketika (atau untuk mengesahkan) pengumpulan maklumat anda, sebagai contoh, melalui notis dalam aplikasi atau laman web atau melalui e-mel yang mengandungi pautan kepada notis ini.
Bagaimanakah kami mengumpulkan maklumat anda?
Kami mungkin mengumpulkan maklumat anda dalam pelbagai cara.
- Anda mungkin memberikan maklumat secara langsung kepada kami (cth.,, mengisi borang, membuat panggilan kepada kami atau memuat naik maklumat kepada kami melalui aplikasi mudah alih).
- Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada peranti elektronik PMI, jika anda memilih untuk menghantar maklumat kepada kami.
- Kami mungkin mengumpulkan maklumat secara automatik semasa anda berinteraksi dengan sistem kami atau kami berkomunikasi dengan anda (cth., semasa anda menggunakan aplikasi atau laman web PMI atau, apabila kami menggunakan teknologi untuk memerhati semasa anda menerima atau membuka e-mel atau menerima mesej SMS).
- Kami mungkin memperoleh maklumat daripada pihak ketiga (cth., maklumat yang boleh didapati secara awam melalui platform media sosial seperti Facebook dan Twitter, atau maklumat statistik mengenai populasi di kawasan geografi tertentu).
- Sebagai contoh, yang dibenarkan di sisi undang-undang, kami mungkin membuat kesimpulan bagi maklumat anda daripada maklumat teragregat yang kami peroleh daripada pihak ketiga. Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, maklumat statistik tentang orang di kawasan geografi tertentu.
Dalam notis ini, kami merujuk kepada semua cara anda berhubung dengan kami sebagai “titik sentuh PMI”. Titik sentuh PMI termasuk secara fizikal (sebagai contoh, kedai runcit dan acara, pusat hubungan pelanggan), dan secara digital (sebagai contoh, aplikasi dan laman web).
Apakah maklumat yang kami kumpul mengenai anda?
Kami mungkin mengumpulkan pelbagai jenis maklumat anda:
- maklumat tentang pesanan anda, termasuk maklumat yang diperlukan untuk memenuhinya
- maklumat yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan waranti
- maklumat tentang rujukan yang anda buat
- maklumat yang anda beri kepada kami dalam borang atau kaji selidik dan maklumat serupa yang anda beri kepada pihak ketiga yang akan dipindahkan kepada kami
- maklumat tentang lokasi anda, yang anda pilih untuk berkongsi dengan kami (sebagai contoh, pada telefon bimbit anda)
- maklumat tentang lawatan anda ke kedai atau acara kami (atau kedai atau acara pihak lain yang bekerjasama dengan kami)
- maklumat yang anda beri kepada kami semasa berhubung dengan pusat panggilan (cth., melalui panggilan, sembang, e-mel, mesej SMS)
- maklumat tentang keutamaan dan minat anda (termasuk maklumat yang kami simpulkan daripada maklumat lain, sebagai contoh daripada maklumat statistik)
- maklumat yang diperlukan untuk mengesahkan umur anda
- maklumat yang dijana oleh peranti eletronik anda (sebagai contoh, IQOS), jika anda memilih untuk berkongsinya dengan kami
- maklumat tentang pengalaman anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami
- maklumat statistik anda (sebagai contoh, maklumat statistik tentang orang di kawasan geografi tertentu)
Apakah tujuan kami menggunakan maklumat anda dan atas dasar undang-undang apa?
Dalam bahagian ini, kami menjelaskan tujuan kami menggunakan maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, notis ini adalah notis global dan undang-undang sesuatu negara mengehadkan atau menghalang aktiviti tertentu yang diterangkan dalam notis ini, kami tidak akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan tersebut dalam negara tersebut.
Tertakluk kepada perkara di atas, kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan tersebut:
- Untuk mematuhi kewajipan penyeliaan, seperti mengesahkan umur dan status anda sebagai pengguna produk kami
- Untuk meminjamkan atau menjual produk kami kepada anda, termasuk memenuhi pesanan anda, memproses bayaran anda
- Untuk memberikan perkhidmatan berkaitan dengan jualan dan sokongan produk kepada anda, termasuk mengendalikan pertanyaan dan permintaan anda serta memberikan perkhidmatan dan sokongan waranti
- Untuk memasarkan produk kami (yang dibenarkan di sisi undang-undang), termasuk mentadbir program kesetiaan dan program rujukan, pembaikan produk, penyelidikan pasaran (dan untuk tujuan mendemostrasikan amalan adil dalam penyelidikan pasaran), membangunkan strategi pasaran, mentadbir kempen pemasaran dan menyesuaikan pengalaman anda, sebagai contoh, di kedai dan acara yang menjual produk PMI serta kandungan mesej yang kami hantar kepada anda atau iklan yang kami tunjukkan kepada anda
- Untuk memahami sama ada anda masih terlibat dengan pemasaran kami dan sama ada anda mahu terus menerimanya
- Agar kami atau rakan kongsi perniagaan kami dapat memaklumkan kepada anda tentang kemungkinan peluang untuk terlibat dalam pemasaran atau promosi produk PMI
- Untuk membolehkan anda menggunakan dan membaiki pengalaman anda dengan titik sentuh PMI dan peranti elektronik PMI
- Untuk menyokong semua perkara di atas, termasuk mentadbir akaun anda, berkomunikasi dengan anda, mengurus janji temu anda dengan kami atau dengan orang yang menyokong produk atau perkhidmatan kami (sebagai contoh, berkenaan produk baharu atau perkhidmatan selepas jualan), menyesuaikan pengalaman anda dengan titik sentuh PMI, pencegahan penipuan (sebagai contoh, dalam kontek promosi, pertandingan dan kaji selidik kami, untuk memastikan yang ia tidak diambil lebih daripada sekali oleh orang yang sama atau dalam konteks e-dagang untuk melindungi maklumat pemegang kad), latihan kakitangan dan kawalan kualiti serta pentadbiran dan penyelesaian masalah
- Untuk tujuan analisis,
statistik atau saintifik, termasuk pembaikan produk dan perkhidmatan (untuk
data yang dikumpulkan daripada peranti elektronik PMI, ini hanya akan terpakai
jika anda memilih untuk menghantar maklumat tersebut kepada kami bagi tujuan
ini), kedai dan acara PMI, serta maklumat yang kami (atau syarikat sekutu kami)
beri kepada pelanggan kami
- Untuk tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda atau yang jelas dalam konteksnya, ketika maklumat anda mula-mula dikumpulkan
Penggunaan maklumat anda adalah berasaskan salah satu daripada yang berikut (yang kami jelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian “untuk mengetahui lebih lanjut”):
- pematuhan dengan kewajipan undang-undang yang tertakluk kepada kami;
- pelaksanaan kontrak yang anda menjadi pihak;
- kepentingan perniagaan sah yang tidak diatasi oleh kepentingan anda untuk melindungi maklumat tersebut;
- tidak ada satu pun perkara di atas tidak terpakai atau dikehendaki oleh undang-undang, persetujuan anda (yang akan diminta sebelum kami memproses maklumat tersebut).
Dengan siapakah kami berkongsi maklumat anda, dan atas tujuan apa?
Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan:
- syarikat sekutu PMI;
- pihak ketiga yang memberikan produk atau perkhidmatan kepada syarikat sekutu PMI atau anda;
- rakan kongsi dan pengiklan perniagaan yang dipilih dengan teliti oleh syarikat sekutu PMI (bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan produk kami, atau selaras dengan gaya dan imej mereka) agar mereka boleh menghubungi anda dengan tawaran yang mereka rasa dapat menarik minat anda, mengikut keutamaan anda; dan
- pihak ketiga lain, yang diperlukan atau dibenarkan di sisi undang-undang.
Kami hanya berkongsi maklumat anda dengan pihak lain menurut undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa. Oleh itu, jika undang-undang memerlukan persetujuan anda, kami akan meminta persetujuan anda terlebih dahulu.
Ke manakah maklumat anda akan dihantar?
Seperti mana-mana organisasi multinasional, kami memindahkan maklumat kepada syarikat sekutu dan pembekal perkhidmatan kami di seluruh dunia. Oleh itu, data anda mungkin dipindahkan ke negara lain sebagai sebahagian daripada operasi standard kami. Pada bila-bila masa kami memindahkan data anda ke luar negara, kami hanya akan mengehadkan akses data anda kepada orang yang perlu melihatnya, memproses data anda mengikut standard perlindungan data dalaman kami, melindunginya dengan baik dan hanya memindahkan maklumat mengikut undang-undang privasi data yang berkenaan. Apabila data dipindahkan, kami akan mewajibkan penerima untuk sentiasa merahsiakan data anda, memadamkannya apabila ia tidak lagi diperlukan dan bertindak berdasarkan notis privasi ini. Sewajarnya, maklumat anda mungkin akan dipindahkan ke luar bidang kuasa anda. Sebagai contoh, jika anda tinggal di EU, EEA, UK, Australia atau Jepun, data anda mungkin diproses di negara lain.
Bagaimanakah kami melindungi maklumat tentang anda?
Kami melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi yang disimpan oleh kami daripada pendedahan, penggunaan, pengubahan dan pemusnahan tanpa kebenaran. Sekiranya bersesuaian, kami menggunakan penyulitan dan teknologi lain yang dapat membantu dalam melindungi maklumat yang anda berikan. Kami juga mewajibkan pembekal perkhidmatan kami untuk mematuhi keperluan privasi data dan keselamatan yang ketat.
Berapa lamakah maklumat anda disimpan?
Kami akan menyimpan maklumat anda selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpulkan mengikut standard penyimpanan data dalaman kami. Selepas itu, kami akan memadamkannya. Tempoh berkenaan akan berbeza berdasarkan tujuan maklumat tersebut dikumpulkan. Sila maklum bahawa dalam keadaan tertentu, anda berhak untuk meminta kami untuk memadamkan maklumat tersebut. Selain itu, kami ada kalanya diwajibkan untuk menyimpan maklumat tertentu, sebagai contoh, untuk tujuan percukaian dan perakaunan, untuk menyimpan maklumat tersebut selama satu tempoh masa minimum atau untuk memadamkannya selepas satu tempoh masa maksimum.
Apakah hak dan pilihan yang anda ada?
Anda mungkin mempunyai sebahagian atau semua hak berikut yang berkaitan dengan maklumat anda yang kami pegang:
- meminta kami untuk memberi anda akses terhadap maklumat tersebut;
- meminta kami untuk membetulkan, mengemas kini atau memadamkan maklumat tersebut;
- meminta kami untuk mengehadkan penggunaan kami, dalam situasi tertentu;
- membantah penggunaan kami, dalam situasi tertentu;
- menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan kami ke atasnya;
- kemudahalihan data, dalam situasi tertentu;
- memilih keluar (opt out) daripada penggunaan kami untuk tujuan pemasaran langsung; dan
- membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan di negara anda (jika ada).
Kami menawarkan cara yang mudah kepada anda agar anda dapat menggunakan hak-hak ini, seperti pautan “hentikan langganan” atau memberi anda alamat untuk dihubungi, dalam mesej yang anda terima.
Sesetengah aplikasi mudah alih yang kami tawarkan juga mungkin juga menghantar mesej tolakan (push messages) kepada anda, sebagai contoh mengenai produk atau perkhidmatan baharu. Anda boleh menyahdayakan mesej tersebut melalui tetapan dalam telefon anda atau aplikasi tersebut.
Maklumat tambahan khusus mengikut negara
Berdasarkan negara mana anda berada, anda mungkin mempunyai hak tambahan tertentu.
Siapakah yang harus anda hubungi untuk bertanya soalan?
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin menggunakan mana-mana hak anda, anda boleh mendapatkan maklumat hubungan bagi syarikat sekutu PMI berkenaan dan jika berkenaan pegawai perlindungan data, dipaut pada bahagian atas notis ini. Maklumat hubungan juga akan diberikan dalam sebarang komunikasi yang dihantar oleh syarikat sekutu PMI kepada anda.
Jika negara anda mempunyai pihak berkuasa perlindungan data, anda berhak untuk menghubunginya dengan sebarang soalan atau kebimbangan. Jika syarikat sekutu PMI yang berkaitan tidak dapat menyelesaikan soalan atau kebimbangan anda, anda juga mungkin berhak untuk mendapatkan remedi kehakiman di mahkamah negara tersebut.
Perubahan kepada notis ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini (dan apa-apa notis privasi tambahan), dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda mengenai perubahan tersebut dan juga mendapatkan persetujuan anda, yang diperlukan dari segi-undang-undang.
Pengemaskinian terkini 18 Julai 2022.