Siapakah kami?
Kami ialah ahli kumpulan syarikat sekutu Philip Morris International, satu kumpulan perniagaan kolektif. Semua ahli kumpulan syarikat sekutu disenaraikan di sini bersama butiran hubungan pegawai perlindungan data di mana berkenaan. Sila gunakan butiran ini jika anda ingin menghubungi kami. Butiran kami (nama, alamat dan lain-lain) akan diberi kepada anda secara berasingan ketika (atau untuk mengesahkan) pengumpulan maklumat tentang anda, sebagai contoh, dalam notis pada aplikasi atau laman web atau dalam e-mel yang mengandungi pautan kepada notis ini.
Bagaimanakah kami mengumpulkan maklumat anda?
Kami mungkin mengumpulkan maklumat anda dalam pelbagai cara.
- Anda boleh memberikan kami maklumat secara langsung (cth.,, semasa mencipta akaun, mencipta profil calon, memohon pekerjaan, menghadiri temu duga, melengkapkan ujian/penilaian, menghantar e-mel atau membuat panggilan kepada kami).
- Kami mungkin mengumpulkan maklumat secara automatik semasa anda berinteraksi dengan sistem kami atau kami berkomunikasi dengan anda (cth., semasa anda menggunakan aplikasi atau laman web PMI atau apabila kami menggunakan teknologi untuk memerhati semasa anda menerima atau membuka e-mel atau menerima mesej SMS).
- Kami juga boleh memperoleh maklumat daripada pihak ketiga (cth., daripada agensi perekrutan, penyedia rujukan, (jika dibenarkan oleh undang-undang) penyedia semakan latar belakang dan sumber yang tersedia secara umum, seperti laman web syarikat, carian internet atau platform media sosial seperti LinkedIn).
Dalam notis ini, kami merujuk kepada semua cara di mana anda berhubung dengan kami sebagai “titik sentuh PMI”. Titik sentuh PMI termasuk secara fizikal (sebagai contoh, pejabat, kedai runcit dan acara) dan secara digital (sebagai contoh, aplikasi dan laman web).
Apakah maklumat yang kami kumpul mengenai anda?
Kami mungkin mengumpulkan pelbagai jenis maklumat anda:
- maklumat yang diperlukan untuk mengurus dan mentadbir hubungan kami dengan anda (termasuk, jika kami bersetuju, untuk membayar balik perbelanjaan tertentu untuk menghadiri temu duga) dan untuk menjalankan perniagaan kami, termasuk untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami (cth., mengesahkan identiti anda, hak anda untuk bekerja, butiran permohonan dan, jika dibenarkan oleh undang-undang, kesesuaian anda untuk pekerjaan menggunakan semakan latar belakang)
- maklumat yang anda berikan kepada kami dalam profil calon anda, permohonan kerja, borang atau survei
- maklumat yang diperlukan untuk menilai kelayakan anda untuk jawatan, senarai pendek dan memilih calon
- maklumat tentang lawatan anda ke pejabat kami dan kehadiran di acara
- jika berkenaan, maklumat yang diperlukan untuk menawarkan pekerjaan kepada anda dan semasa suai kerja anda (seperti mengeluarkan tawaran, merangka kontrak pekerjaan, menyediakan maklumat manfaat dan mengatur akses kepada sistem)
- maklumat yang dikumpul sebagai sebahagian daripada pemantauan kami dan penambahbaikan proses perekrutan yang berterusan
- maklumat yang anda berikan kepada kami dalam panggilan anda kepada kami atau e-mel yang anda hantar kepada kami
- maklumat tentang keutamaan, minat anda dan aspirasi kerjaya (termasuk maklumat yang kami simpulkan daripada maklumat lain, sebagai contoh daripada maklumat statistik)
- maklumat yang dikumpul sebagai sebahagian daripada analisis dan penambahbaikan perniagaan
- maklumat statistik anda (sebagai contoh, maklumat statistik tentang orang di kawasan geografi tertentu)
Apakah tujuan kami menggunakan maklumat anda dan atas dasar undang-undang apa?
Dalam bahagian ini, kami menjelaskan tujuan di mana kami menggunakan maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, notis ini adalah notis global dan di mana undang-undang sesuatu negara mengehadkan atau menghalang aktiviti tertentu yang diterangkan dalam notis ini, kami tidak akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan tersebut dalam negara tersebut.
Tertakluk kepada perkara di atas, kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan tersebut:
- melakukan semakan ke atas identiti, kelayakan peranan dan hak untuk bekerja
- mengesahkan sejarah pekerjaan, kelayakan, pengalaman dan rujukan
- jika dibenarkan oleh undang-undang, lakukan tapisan calon dan saringan latar belakang
- melaksanakan perekrutan dan pemilihan, termasuk temu duga, penilaian dan profil psikometrik, penyenaraian pendek, tawaran kerja dan manfaat (jika berkenaan)
- pentadbiran perniagaan, termasuk kewajipan penyimpanan rekod
- jika berkenaan, pentadbiran pembayaran balik perbelanjaan untuk menghadiri temu duga
- di mana berkenaan, pentadbiran dan pengurusan prapekerjaan, termasuk penyediaan dokumen kontrak dan bukan kontrak dan mengatur sistem dan akses bangunan
- pemantauan proses perekrutan
- untuk analisis dan penambahbaikan perniagaan, termasuk untuk proses pengambilan kami, acara, titik sentuh PMI digital, sistem dan peranti PMI dan maklumat yang kami (atau syarikat sekutu kami) berikan kepada calon pekerjaan
Penggunaan maklumat anda adalah berasaskan salah satu daripada yang berikut (yang kami jelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian “untuk mengetahui lebih lanjut”):
- pematuhan dengan kewajipan undang-undang yang kami tertakluk kepadanya
- untuk mengambil langkah atas permintaan anda sebelum menandatangani kontrak
- kepentingan perniagaan sah yang tidak diatasi oleh kepentingan anda untuk melindungi maklumat tersebut
- di mana semua perkara di atas tidak diguna pakai atau dikehendaki oleh undang-undang, persetujuan anda (yang akan diminta sebelum kami memproses maklumat tersebut)
Adakah kami membuat sebarang keputusan automatik?
Kami mungkin membuat keputusan secara automatik mengenai mana-mana perkara yang dinyatakan dalam notis ini (cth., saringan dan siapa yang perlu disertakan dalam senarai pendek untuk temu duga). Jika kami melakukan ini, kami akan menarik perhatian anda pada masa itu, bersama-sama dengan maklumat tentang logik yang terlibat dalam keputusan itu, serta kepentingan dan akibat yang dijangkakan untuk anda penggunaan sedemikian maklumat tentang anda.
Ke manakah maklumat anda dihantar?
Seperti mana-mana organisasi multinasional, kami memindahkan maklumat kepada syarikat sekutu dan pembekal perkhidmatan kami di seluruh dunia. Oleh itu, data anda mungkin dipindahkan ke negara lain sebagai sebahagian daripada operasi standard kami. Pada bila-bila masa kami memindahkan data anda ke luar negara, kami hanya akan mengehadkan akses data anda kepada orang yang perlu melihatnya, memproses data anda mengikut standard perlindungan data dalaman kami, melindunginya dengan baik dan hanya memindahkan maklumat mengikut undang-undang privasi data yang berkenaan. Apabila data dipindahkan, kami akan mewajibkan penerima untuk sentiasa merahsiakan data anda, memadamkannya apabila ia tidak lagi diperlukan dan bertindak berdasarkan notis privasi ini. Sewajarnya, maklumat anda mungkin akan dipindahkan ke luar bidang kuasa anda. Sebagai contoh, jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), Kesatuan Eropah, UK, Australia atau Jepun, data anda mungkin diproses di negara lain.
Bagaimanakah kami melindungi maklumat tentang anda?
Kami melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi yang disimpan oleh kami daripada pendedahan, penggunaan, pengubahan dan pemusnahan tanpa kebenaran. Di mana bersesuaian, kami menggunakan penyulitan dan teknologi lain yang dapat membantu dalam melindungi maklumat yang anda berikan. Kami juga mewajibkan pembekal perkhidmatan kami untuk mematuhi keperluan privasi data dan keselamatan yang setara.
Berapa lamakah maklumat anda disimpan?
Kami akan menyimpan maklumat anda selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpulkan mengikut standard penyimpanan data dalaman kami. Selepas itu, kami akan memadamkannya. Tempoh berkenaan akan berbeza berdasarkan tujuan maklumat tersebut dikumpulkan. Sila maklum bahawa dalam keadaan tertentu, anda berhak untuk meminta kami untuk memadamkan maklumat tersebut. Selain itu, kami ada kalanya tertakluk kepada kewajipan undang-undang untuk menyimpan maklumat tertentu, sebagai contoh, untuk tujuan percukaian dan perakaunan, untuk menyimpan maklumat tersebut selama satu tempoh masa minimum atau untuk memadamkannya selepas satu tempoh masa maksimum.
Apakah hak dan pilihan yang anda ada?
Anda mungkin mempunyai sebahagian atau semua hak berikut yang berkaitan dengan maklumat anda yang kami pegang:
- meminta kami untuk memberi anda akses terhadap maklumat tersebut;
- meminta kami untuk membetulkan, mengemas kini atau memadamkan maklumat tersebut;
- meminta kami untuk mengehadkan penggunaan kami, dalam situasi tertentu;
- membantah penggunaan kami, dalam situasi tertentu;
- menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan kami ke atasnya;
- kemudahalihan data, dalam situasi tertentu; dan
- membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan di negara anda (jika ada).
Kami menawarkan anda cara mudah untuk melaksanakan hak ini, seperti pautan “henti langganan” atau dengan menghubungi people.culture@pmi.com atau dengan menggunakan hubungan dalam perenggan “siapa yang perlu anda hubungi dengan soalan?” pada akhir notis ini.
Maklumat tambahan khusus mengikut negara
Berdasarkan negara mana anda berada, anda mungkin mempunyai hak tambahan tertentu.
Siapakah yang harus anda hubungi untuk bertanya soalan?
Jika anda ada sebarang soalan atau ingin melaksanakan mana-mana hak anda, anda boleh:
- menghubungi kami di People.Culture@pmi.com,; atau
- menghubungi pegawai perlindungan data ahli gabungan PMI yang berkaitan (jika ia mempunyai satu), yang butiran hubungannya anda boleh temui di sini.
Maklumat hubungan juga akan diberikan dalam sebarang komunikasi yang dihantar oleh syarikat sekutu PMI kepada anda.
Jika negara anda mempunyai pihak berkuasa perlindungan data, anda berhak untuk menghubunginya dengan sebarang soalan atau kebimbangan. Jika syarikat sekutu PMI yang berkaitan tidak dapat menyelesaikan soalan atau kebimbangan anda, anda juga mungkin berhak untuk mendapatkan remedi kehakiman di mahkamah negara tersebut.
Perubahan kepada notis ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini (dan apa-apa notis privasi tambahan), dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda mengenai perubahan tersebut dan juga mendapatkan persetujuan anda, di mana ia diperlukan dari segi-undang-undang.
Terakhir diubah suai pada 30 Disember 2022. Anda boleh menemui versi terdahulu notis ini di sini.